Thursday, April 9, 2009

Sepagi di hospital

Kelmarin aku rasa kurang selesa..antara nak demam tak demam. Dalam keadaan nak demam yang x serius, aku ke Hospital kerajaan, tidak ke klinik swasta sepeti kebiasaan. Bersama rakyat biasa, golongan marhain, golongan kebanyakan. Aku cuba2 nk melihat kehidupan masyarakat biasa. Suasananya seperti dulu. Beratur mendapatkan nombor, kemudian menunggu nombor dipanggil juga membuatkan aku nak bertambah demam. Bila nama dipanggil, aku dilayan oleh seorang pembantu pendaftaran lelaki dengan ayat perli yang menyakitkan hati. Ya, aku dilayan seperti rakyat lain, maka aku terima. Begini rupanya masyarakat biasa dilayan.

Pesakit begitu ramai, dan aku menunggu di tingkat satu untuk saringan bersama 4 orang pelatih pusat serenti. Seorang sakit Tibi. Yang lain sakit nak amik kebenaran balik, nk jumpa anak bini. Seorang pegawai polis yang berkawal memegang gari. Ada pegawai anti dadah yang menguruskan mereka kesana kemari.

Akhirnya, aku ke tempat saringan, setelah interview lebih kurang, aku kena ke bilik rawatan..dan banyak peristiwa bermula di bilik rawatan no 4 ini. amai pesarit menunggu.kukira dalam 40 orang..dan seorang pesakit dirawat puratanya 5 minit minima. Jadi anggaran masa untuk sampai kepada aku, 40 X 5 = 200 minit..bersamaan 3 jam 20 minit..ya..tu minimum. Dalam masa nak menunggu juga, ku lihat, ada pesakit yang bertekak dengan pembantu perubatan, ada yang tak puas hati rasanya, sebab kata2 yang kurang enak didengar pesakit. Ya, tertekan semuanya tertekan. Pesakit lebih tertekan. Setelah sejam menunggu, aku pasrah, aku kalah. aku rasa demamku semakin kurang. aku x sekuat mereka, rela menunggu ke akhirnya. Aku sudah tidak sekuat seperti dulu. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa apa golongnan biasa menghadapi kehidupan.

No comments:

Post a Comment