Saturday, January 22, 2011

New Rolex





Saturday, January 15, 2011

Salam..kembali 'memblogger' ...

Salam... salam 1 Malaysia? Ada yang kata kena ucapkan Salam 1 Malaysia dalam majlis rasmi.. ada yang kata..hm..sebelum ni ada 2 Malaysia..3 Malaysia ka? Kenapa perlu begitu salamnya.. tapi apapun..bagi orang Islam..Assalamualaikum..adalah sebaik2 ucapan.. tapi bagi bukan Islam? Hello..Apa khabar.pun boleh juga. Apapun..bagi kebanyakan orang..salam 1 Malaysia sama juga dengan Salam Perpaduan. Umum..kerana pemimpin negara yang dipilih secara rasmi, mengikut undang2, melalui pilihanraya, mahukan begitu..dan tidak salah..dan tidak menyalahi mana2 agama. Tegas. Tapi..kenapa ada pihak yang sama juga tidak menghormati kerajaan negeri yang juga dipilih secara rasmi, ikut undang-undang, melalui pilihanraya juga.. yang tindakannya baik..tidak menyalahi agama dan undang2..????? Saya lebih suka melihat dari kaca mata non-pertisan..kerana saya akan jadi lebih rasional dan fokus..setidak2nya but masa sekarang.

Owh..maaf..bukan tujuan saya 'kembali' semula memblogger ini untuk komen pasal 1 Malaysia atau pasal politik yang semakin panas dan caca merba ini, tapi adalah kerana ada banyak perkara yang nk dikongsi dan dipaparkan ...lagipun dah lama x memblogger..macam boring ja.

perkembangan diri saya? Haha...Alhamdulillah..bulan 3 ni saya konvo di UUM...!!!!!

Sunday, April 26, 2009

Cinta tanpa komitmen?

Salam. Sudah lama aku ingin menaip mengenai tajuk ini, berdasarkan perbincangan dan pengalaman (pengalaman sendiri? mungkin juga) mengenai cinta tanpa komitmen.

Secara ringkasnya.. apa itu cinta?
Cinta adalah perasaan kasih sayang, suka, ingin memiliki, rindu, nak tgk sentiasa, geram, berahi, ghairah, nak bermanja2, dan bermacam perasaan yang best...yang dirangkumkan menjadi satu...iaitu CINTA.

Sebab tu ramai orang keliru, dia sayang, tapi dia kata x cinta, dia rindu, tapi dia kata tu bukan cinta..tu rindu.. tapi..bila tanya cinta tu apa? dia sendiri tak tau nak jawab..jadi bagilah pakar2 yang jawab..hehe.

Dah faham cinta, nak faham lak apa itu CINTA TANPA KOMITMEN?

Persoalan yang timbul...
1. Kenapa ada orang yang putus cinta, tapi tak frust teruk, tapi ada juga yang frust teruk..apa bezanya?
2. Kenapa manusia sanggup berkorban untuk cinta, tapi cinta tak berkorban untuk kita?
3. Kenapa ada yang bercinta sebelum kawin dan ada yang bercinta selepas kawin?
4. Kenapa ada yang kawin dengan orang yang dia tak cinta, ada juga yang x dapat kawin dengan orang yang dia cintai?

Kalau kita benar2 faham dengan cinta, kita akan faham teori cinta tanpa komitmen.
Cinta tanpa komitmen adalah cinta 100%, tapi beri harapan 50%. Maksudnya... bercinta macam orang lain bercinta, tapi harapan untuk kekal dan berjaya dalam cinta hanya bagi 50%.

Ini bukan bermakna x bercinta sepenuh hati, atau cinta main2..cinta tetap 100% tapi harapan 50%.
Apa kebaikannya?
1. Kalau frust...50% jer nak menonggeng..masih leh dikawal.
2. Kalau rindu ka..kalau gaduh ka..x menganggu kehidupan..macam x dak apa2..
3. jeles pun x kuat sangat..nak pi umah pak sedara ka..nak pi kenduri pun x payah soal jawab banyak2 sangat.
4. Ekstremnya - x ramai yang mati bunuh diri atau eksiden kenderaan x tentu pasal.

Fikir dan renung2 kan..
Wassalam

Thursday, April 9, 2009

Sepagi di hospital

Kelmarin aku rasa kurang selesa..antara nak demam tak demam. Dalam keadaan nak demam yang x serius, aku ke Hospital kerajaan, tidak ke klinik swasta sepeti kebiasaan. Bersama rakyat biasa, golongan marhain, golongan kebanyakan. Aku cuba2 nk melihat kehidupan masyarakat biasa. Suasananya seperti dulu. Beratur mendapatkan nombor, kemudian menunggu nombor dipanggil juga membuatkan aku nak bertambah demam. Bila nama dipanggil, aku dilayan oleh seorang pembantu pendaftaran lelaki dengan ayat perli yang menyakitkan hati. Ya, aku dilayan seperti rakyat lain, maka aku terima. Begini rupanya masyarakat biasa dilayan.

Pesakit begitu ramai, dan aku menunggu di tingkat satu untuk saringan bersama 4 orang pelatih pusat serenti. Seorang sakit Tibi. Yang lain sakit nak amik kebenaran balik, nk jumpa anak bini. Seorang pegawai polis yang berkawal memegang gari. Ada pegawai anti dadah yang menguruskan mereka kesana kemari.

Akhirnya, aku ke tempat saringan, setelah interview lebih kurang, aku kena ke bilik rawatan..dan banyak peristiwa bermula di bilik rawatan no 4 ini. amai pesarit menunggu.kukira dalam 40 orang..dan seorang pesakit dirawat puratanya 5 minit minima. Jadi anggaran masa untuk sampai kepada aku, 40 X 5 = 200 minit..bersamaan 3 jam 20 minit..ya..tu minimum. Dalam masa nak menunggu juga, ku lihat, ada pesakit yang bertekak dengan pembantu perubatan, ada yang tak puas hati rasanya, sebab kata2 yang kurang enak didengar pesakit. Ya, tertekan semuanya tertekan. Pesakit lebih tertekan. Setelah sejam menunggu, aku pasrah, aku kalah. aku rasa demamku semakin kurang. aku x sekuat mereka, rela menunggu ke akhirnya. Aku sudah tidak sekuat seperti dulu. Sekurang-kurangnya aku dapat merasa apa golongnan biasa menghadapi kehidupan.